Search This Blog

Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Monday, March 28, 2011

Kerdil Tak Halang Belajar Kemahiran

Sumber Info : Berita Harian Online
Oleh Shamsul Kamal Amarudin
ZULKIFLI (tengah) menunjukkan sijil kursus automotif yang diterimanya pada majlis konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Perak di Ipoh, semalam.

ZULKIFLI (tengah) menunjukkan sijil kursus automotif yang diterimanya pada majlis konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Perak di Ipoh, semalam.
Pemuda mahu jadi mekanik, buka perniagaan

Mohamad Zulkifli Othman, 21, mempunyai ketinggian satu meter, manakala kedua-dua kakinya pendek, beliau bukan saja nampak begitu kerdil tetapi menghadapi kesukaran bergerak pantas dan ketika berjalan, seolah-olah sedang mengheret satu bebanan yang berat.

Namun, kekurangan itu langsung tidak melemahkan semangat anak sulung daripada tiga beradik itu menanam tekad bagi mencipta kejayaan terutama dalam bidang automotif, kemahiran yang digemarinya sejak bersekolah rendah lagi.

Bagi Mohamad Zulkifli, tiada apa yang lebih menggembirakan selain memperoleh sijil kemahiran automotif yang diidamnya selepas berjaya menamatkan pengajian selama dua tahun di Kolej Komuniti Grik.

“Sejak di sekolah lagi saya memang berminat dengan bidang ini dan pernah mengikut kawan membaiki motosikal setiap kali ada masa terluang.

“Jika ada rezeki, saya mahu menjadi mekanik berjaya dan membuka perniagaan sendiri kerana ia adalah cita-cita saya sejak kecil,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Perak di sini, semalam.

Pada majlis itu, 824 menerima sijil masing-masing dalam bidang Automotif, Teknologi Maklumat, Teknologi Elektrik, Pelancongan dan Pengembaraan, Fesyen dan Pakaian, Teknologi Pembuatan Perabot, Fesyen dan Aparel, Multimedia Kreatif (Animasi), Pelukis Pelan Senibina, Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan), Hotel Katering dan Industri Seramik dari lima Kolej Komuniti di Perak.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Perak, Datuk Mohamad Zahir Khalid, menyampaikan sijil berkenaan.

Mohamad Zulkifli yang juga anak penoreh getah berkata, beliau bernasib baik kerana menerima dorongan daripada keluarga serta sokongan rakan sekuliah sepanjang mengikuti kuliah di kolej berkenaan.

Monday, February 28, 2011

Gudang kereta Perodua Terbakar


ANGGOTA bomba dan penyelamat memadamkan kebakaran di sebuah gudang kereta Perodua di Puchong, semalam.


KUALA LUMPUR 28 Feb. – Sebuah syarikat pengedar kereta keluaran Perodua rugi hampir RM2 juta setelah 40 buah kereta yang disimpan di gudangnya di Jalan Layang-Layang 3, Puchong dekat sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang itu, 14 buah kereta yang disimpan dalam gudang, manakala 26 lagi diletak di kawasan luar gagal diselamatkan akibat api marak terlalu cepat.

Kesemua kenderaan yang musnah merupakan kereta baru keluaran Perodua seperti MyVi, Viva dan Alza.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Anuar Harun berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran itu pada pukul 1.25 petang.

Beliau berkata, 29 anggota bomba bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Subang Jaya, Seksyen 7 Petaling Jaya dan Bukit Jalil dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran tersebut.

“Pihak bomba yang melakukan kerja memadam api mulai pukul 1.34 tengah hari berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak dalam tempoh setengah jam.

“Bagaimanapun tiada yang dapat diselamatkan kerana kebakaran itu memusnahkan keseluruhan bangunan gudang termasuk 40 buah kereta yang disimpan di situ,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kepantasan pihak bomba mengawal api bagaimanapun berjaya menyelamatkan 22 buah kereta milik syarikat sama yang disimpan di gudang bersebelahan.

Selain itu, katanya, pihak bomba juga berjaya menghalang api daripada merebak ke sebuah pusat jualan perabot berhampiran gudang yang terbakar itu.

Tambahnya, tiada kehilangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, malah semua pekerja gudang itu sempat menyelamatkan diri.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, namun tidak dinafikan ia melibatkan nilai jutaan ringgit,” katanya.

Wednesday, February 16, 2011

PERODUA Mahu Tambah Model Kompak Mampu Milik

2011/02/17

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan memperkenalkan beberapa lagi barisan model baru di pasaran tempatan dan antarabangsa, pada harga lebih berdaya saing dan mampu dimiliki.

Model berkenaan yang disifatkan pengurusan kanannya sebagai ‘kereta kompak yang akan memenuhi cita rasa pengguna’ akan diperkenalkan secara berperingkat bermula tahun ini.

Ia adalah seiring dengan pelan hala tuju lima tahun pengeluar kereta nasional kedua itu.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata pengenalan model baru berkenaan adalah perancangan khas Daihatsu Motor Corporation Ltd (DMC), untuk PERODUA memasang dan memasarkannya di pasaran tempatan dan beberapa lagi pasaran antarabangsa terpilih lain.

“DMC mempunyai rancangannya tersendiri untuk pasaran PERODUA (tempatan dan antarabangsa), dan pada dasarnya kita setuju kerana ia seiring dengan pelan lima tahun kami yang mana ada beberapa barisan produk yang akan diperkenalkan di Malaysia dan beberapa lagi akan dikhususkan untuk pasaran eksport.

“Namun, ia masih memerlukan lebih banyak kajian kerana produk yang kami mahukan mestilah memenuhi cita rasa pengguna Malaysia dan mampu ditawarkan pada harga yang mampu dimiliki dan lebih berdaya saing,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar harian tempatan Jepun mengenai rancangan DMC mengeluarkan kereta kompak harga murah di Indonesia, sekitar AS$10,750 seunit (RM32,744) bagi pasaran republik itu dan Asia Tenggara menjelang 2013.

Dilaporkan, pakar kereta kompak Jepun itu akan mengeluarkan kereta bercirikan penjimatan minyak dengan 70 peratus daripadanya akan dijual di bawah jenama Toyota.

Toyota Motor Corporation adalah pemegang saham utama DMC dengan menguasai kepentingan sebanyak 51.2 peratus.

DMC pula adalah rakan kongsi teknikal PERODUA yang berpangkalan di Ikeda, Osaka, Jepun. Ia juga adalah satu daripada pemegang saham utama PERODUA dengan menguasai kepentingan 20 peratus.

Pemegang saham PERODUA lain adalah UMW Corporation Sdn Bhd yang menguasai 38 peratus, MBM Resources Sdn Bhd (20 peratus), PNB Equity Resources Corporation Sdn Bhd (10 peratus), Mitsui & Co Ltd (7.0 peratus) dan Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd (5.0 peratus).

Sementara itu, Aminar Rashid berkata, PERODUA akan membuka tempahan bagi Alza edisi khas yang dikenali sebagai ‘M2 Special Edition’ akhir bulan ini.

“PERODUA masih lagi dalam peringkat memuktamadkan harga model ini dan saya jangkakan ia mungkin ditawarkan sekitar RM71,999 hingga RM74,999 seunit,” katanya.

Model yang hanya dikeluarkan sebanyak 500 unit dan menampilkan kemasan dan perincian lebih mewah dan eksklusif itu, diperkenalkan sempena memperingati jasa dan sumbangan besar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap penubuhan PERODUA.

Sumber : www.bharian.com.my

MALAYSIA PERTARUH ENJIN CIPTAAN TEMPATAN

Malaysia buat pertama kali akan memperkenalkan teknologi enjin kenderaan Compress Natural Gas Direct Injection (CNGDI) ciptaan rakyat tempatan pada Ekspo Automekanika Antarabangsa yang akan berlangsung selama tiga hari di sini, bermula 31 Mac depan.

CNGDI merupakan hasil ciptaan pasukan penyelidik dari sebuah universiti tempatan dengan bantuan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan beberapa universiti lain yang menggunakan suntikan langsung gas semula jadi yang dimampatkan.

Teknologi enjin tersebut direka untuk disesuaikan dengan kenderaan berkapasiti enjin 1.6 liter Campro, khusus untuk model Proton.

Pameran auto mekanikal terbesar di Asia Tenggara itu merupakan anjuran Messe Frankfurt (HK) Ltd. (Messe) dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan disokong oleh Institut Automotif Malaysia (MAI).

Ketua Pegawai Eksekutif MAI, M. Madani Sahari berkata, CNGDI akan mempromosikan rekaan terbaharu Malaysia kepada dunia.

Katanya, ekspo itu bertujuan membuka mata dunia bahawa Malaysia turut mempunyai keupayaan menghasilkan enjin sebaik negara-negara maju yang lain seperti Jepun, Jerman dan lain-lain lagi.

Menurut beliau lagi, pameran tersebut turut memberi manfaat kepada pemain industri automotif di Malaysia dan dunia termasuk mereka yang terlibat dalam vendor, alat ganti dan aksesori automotif.

Katanya, kira-kira 200 hingga 250 pemain industri automotif tempatan dijangka mengambil bahagian terutamanya seminar yang turut dijalankan di dalam ekspo tersebut.

''Kami menganggarkan lebih 5,000 pemain industri automotif dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam Ekspo Automekanika pada Mac depan dengan penglibatan lebih daripada 150 buah negara,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman projek Ekspo Automekanika di sini hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar Messe Frankfurt HK, Jason Cao, Setiausaha Agung Kesatuan Juruteknik Automotif Malaysia, Cho Chee Seng dan Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Industri Bengkel Malaysia (PPIBM), Zaharudin Mohmad Tahir.

Setakat hari ini, sebanyak 100 peserta pameran automotif sudah menyatakan pengesahan untuk menyertai Ekspo Automekanika Antarabangsa iaitu Australia, Bangladesh, China, Jerman, Hong Kong, India, Indonesia, Korea, Malaysia, Singapura, Taiwan, Thailand, Turki dan United Kingdom.

Tambah Madani, salah satu tumpuan lain dalam ekspo tersebut ialah pembangunan teknologi hijau dalam sektor automotif.

Katanya, negara-negara yang mengambil bahagian akan mempersembahkan hasil kajian dan model-model teknologi hijau yang sudah dibangunkan.

''Pemadanan perniagaan di antara pemain industri tempatan dan antarabangsa turut dijangka berlaku pada ekspo tersebut,'' kata Madani.

Sumber dari : www.utusan.com.my

Thursday, December 17, 2009

Proton rancang keluar sedan baru tahun depan

Oleh Ahmad Farizal Hajat
Model ganti Waja tampil salinan Mitsubishi Lancer 2.0 GT

PROTON Holdings Bhd yang mengukuhkan semula kehadirannya dalam industri automotif tempatan menerusi model pelbagai guna (MPV) Exora, bakal mengeluarkan satu lagi model sedan baru menjelang Julai atau Ogos tahun depan, dengan harga pengenalan sekitar RM80,000 seunit.
Model yang akan menggantikan Waja dan dikatakan mampu meningkatkan lagi penguasaan pasaran Proton dalam industri automotif tempatan dan antarabangsa itu, akan menampilkan salinan versi Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang dipertingkatkan.
Menurut sumber terdekat, kemasukan kembali 'ciri Mitsubishi' dalam Proton itu hasil kerjasama pembangunan kejuruteraan terbaru antara Proton dan Mitsubishi Motors Corporation (MMC), yang juga bekas pemegang sahamnya.
"Model yang akan digunakan Proton bagi menggantikan Waja ini akan menampilkan beberapa perubahan kosmetik dalaman dan luaran berbanding model Lancer 2.0 GT sedia ada di pasaran.
"Antaranya, ia akan menggunakan enjin dengan kapasiti yang lebih kecil sedikit, iaitu 1.8 liter, komponen dalaman menggunakan produk keluaran vendor tempatan yang terpilih serta beberapa ciri lain yang dapat menjadikan model itu mampu menawarkan harga lebih berdaya saing.

"Justeru, model baru itu bukan saja dilihat berada di landasan terbaik untuk memberikan saingan terhadap kenderaan sedan keluaran syarikat automotif asing lain, bahkan ia turut mampu membantu memulihkan kembali imej Proton sebelum ini," katanya pada Berita Harian di Kuala Lumpur.
Sumber itu menjelaskan,pengeluaran model baru dengan kuasa enjin 1.8 liter itu dilihat pemangkin terbaik untuk syarikat automotif nasional itu dalam memenuhi perubahan keperluan dan selera pembeli, khususnya generasi muda.
Katanya, Proton yang mendapat sokongan padu daripada MMC, dijangka tidak menghadapi sebarang masalah dalam memenuhi permintaan, memandangkan model gantian Waja itu akan dipasang di kilangnya sama ada di Shah Alam, Selangor atau di Tanjung Malim, Perak.

"Melihat kepada perjanjian antara Proton dan MMC, ia tidak menjadi masalah bagi Proton untuk memasang, menjual dan memberikan khidmat selepas jualan bagi Mitsubishi Lancer 2.0 GT versi Malaysia itu.

"Ini disebabkan MMC sudah memberikan 'lesen' kepada Proton untuk menggunakan bantuan teknikalnya, termasuk memasang dan memasarkan Lancer 2.0 GT yang akan menggunakan jenama Proton itu," katanya sambil menambah 'pelesenan' itu turut merangkumi bantuan dalam mengeluarkan komponen Lancer 2.0 GT tempatan serta sokongan dan perkhidmatan selepas jualan.
Ketika ini, model sedia ada Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, dijual pada harga RM120,598.10 tanpa insurans di negara ini. Model itu diedarkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd. MMC adalah rakan teknikal dan pemegang saham Proton ketika ia ditubuhkan pada 1983 sehinggalah pengeluar kereta nasional itu mengeluarkan kereta pertamanya pada 1985. Bagaimanapun, kemelut kewangan kumpulan daripada Jepun itu menyebabkan ia melupuskan kepentingannya dalam Proton pada awal 2004.

Friday, November 27, 2009

Proton Exora masuk pasaran Thailand


27/11/2009 2:44pm

BANGKOK 27 Nov. — Proton Holdings Bhd dijangka melancarkan model pertama kenderaan pelbagai guna (MPV) Exora di pasaran Thailand semasa Ekspo Motor Antarabangsa Thailand minggu depan.


Pengurus Besar (Operasi) Phranakorn Auto Sales, Apichart Wangsatorntanakhun berkata berdasarkan maklum balas awal dari pihak media dan pakar industri, mereka mengharapkan sambutan baik dari pembeli tempatan.


"Kami membawa lebih 12 wartawan untuk menguji Exora di Malaysia. Kenderaan itu menerima reviu cemerlang dari media serta mereka yang mengadakan perbincangan dengan kami dan melihat kenderaan itu di pusat pameran kami, katanya di sini hari ini.


Menurut ulasan akhbar harian ”The Nation” hari ini, model Exora mempunyai pengendalian yang baik dan pemanduan yang seimbang dalam kelasnya berserta hiasan dalaman serba guna dan nilai baik bagi pengangkutan keluarga berbanding kereta MPV saiz kecil Toyota Avanza dan Honda Freed yang lebih mahal.


Proton memasuki pasaran Thailand yang dikuasi oleh pengeluar kenderaan Jepun pada akhir 2007 dengan mengambil ksempatan duti import yang rendah iaitu lima peratus yang dikenakan mengikut perjanjian kawasan perdagangan bebas ASEAN (AFTA).
Phranakorn dilantik sebagai pengedar rasmi kenderaan keluaran Proton di Thailand. - Bernama

Wednesday, November 25, 2009

Pengenalan Sistem Hybrid kepada Porsche Panamera



ハイブリッドシステムを搭載したポルシェ パナメーラ

2008年1月8日 10:20  
ポルシェは1月7日、2009年にワールドプレミア予定の新4ドアGTモデル、パナメーラ
(Panamera)にハイブリッドモデルを投入することを発表した。2010年までにカイエン ハイブリッドに採用されるコンポーネントが、パナメーラにも搭載されることになるという。開発中のカイエン ハイブリッドの燃費性能は既に、9リッター/100kmを達成している。 

このフルハイブリッドシステムは、バッテリーユニット、パワーエレクトロニクス、そしてエンジンとトランスミッション間に配置されるハイブリッドモジュール(セカンドクラッチと電気モーター)から構成される。 パナメーラは、スポーティーなボディを持ちつつも、極めて広い室内空間と独立した2つのリアシートが特長だ。高品質な素材のみを用いたコックピットもポルシェ特有のスポーティさを確保しているという。 

この全く新しい4ドアGTモデルにおいて、有害物質を排出しない電気モーターのみの走行モードとポルシェ特有のスポーティなドライビングモードをシーンに応じて変えることが可能になる、というのが今回の発表だ。(エンジンと電気モーターを連結させてひとつの動力源とすることができる) パナメーラは、2009年のワールドプレミア時には従来のモデルが先行され、順次、市場の動向に応じてハイブリッドモデルを投入していく予定だ。


Porsche sememangnya sinonim sebagai nama pengeluar kereta berkuasa tinggi dari Itali berhasrat untuk memperkenalkan siri kereta GT 4-pintu terbarunya pada awal Januari 2009. Apa yang menariknya di sini, kereta yang diberi nama Panamera ini akan mengadaptasikan sistem hybrid canggih dan akan menjadi tatapan umum hanya pada tahun 2010 iaitu apabila model Porsche Cayenne sediada dipasang dengan sistem hybrid tersebut. Sistem ini berupaya menjimatkan penggunaan bahan bakar iaitu sekitar 9 liter/km. Cukup menyakinkan dan harapan yang menggunung bagi penggemar dan pengguna kerera sport mewah seluruh dunia.

Intipati kepada sistem ini adalah bagaimana kombinasi unit bateri, peranti elektronik kuasa dan enjin serta transmisi diletakkan diantaranya modul hybrid yang dikenali juga sebagai klac kedua (second clutch) dan motor elektrik dibina bersama-sama.

Ini membuatkan Panamera, sebuah kereta sport mempunyai ruang yang lebih luas di bahagian dalaman dengan tempat duduk belakang yang diperpanjangkan. Bahan berkualiti tinggi digunakan pada bahagian kokpit pemandu menjadikannya satu perkara yang tiada kompromi apabila nama Porsche diperkatakan oleh peminat atau pemiliknya.

Model kereta yang diberi nafas baru akan dipastikan bebas dari mengeluarkan gas-gas berbahaya yang terhasil dari proses pembakaran secara konvensional kerana kereta ini akan digerakkan oleh motor eletrik dan ditambah dengan mod pemanduan sporti direkacipta oleh Porsche yang mempamerkan corak responsif bagi pertukaran dari sistem sediada kepada yang terkini.

Pada tahun 2009, Panamera akan digerakkan secara konvensional dan seterusnya respon pasaran diharap akan menentukan kaedah hybrid ini akan menampakkan kejayaan seperti yang dijangkakan.

Maklumat tambahan (diambil dari Wikipedia Free Encyclopedia)
Kenderaan Hybrid: Kenderaan yang menggunakan DUA atau lebih punca tenaga bagi menggerakkannya

Petikan artikel dari laman web http://www.excite.co.j/.

Teks diterjemahkan oleh Ismawi B. Ismail, Ketua Jabatan Mekanikal & Pengeluaran, ILP Labuan

Sunday, November 22, 2009

KERETA BERTUKAR JADI BOT LAJU

Ditulis oleh Admin
Khamis, 08 Oktober 2009 12:02


LOS ANGELES - Sebuah firma di California, Amerika Syarikat (AS) menghasilkan kereta yang boleh menjadi bot paling laju, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta bot itu dikenali sebagai Python dan dikeluarkan oleh firma WaterCar. Ia mempunyai lima tempat duduk itu dan mampu dipandu pada kelajuan 161 kilometer sejam (km/j) di darat dan 97km/j jika di atas air.



Penciptanya, Dave March berkata, kereta itu 48km/j lebih laju berbanding saingan terdekat, Gibbs Aquada. "Kereta bot sebelum ini tidak laju di atas air. Misi saya untuk menyaksikan kereta yang berprestasi tinggi yang turut merupakan bot laju," katanya. Berat Pyton ialah 1,723 kilogram dan menggunakan enjin V8 kereta sport Chevrolet Corvette keluaran firma automobil terkenal AS, General Motors.



Kereta itu dijual pada harga AS$198,600 (RM678,900) dan pemandunya akan menekan butang supaya keempat-empat tayarnya condong bagi membolehkan ia bergerak di atas air.
Semasa berada di atas air, kereta itu menggunakan enjin Dominator 500 kuasa kuda.


- Agensi

KERETA TANPA ENJIN DILELONG RM788,293

Ditulis oleh Admin
Rabu, 23 September 2009 19:16

NEW YORK - Sebuah kereta yang tidak mempunyai enjin dan berkarat dilelong pada harga hampir $227,000 (RM789,960) selepas harga pembukaannya cuma $500 (RM1,740), lapor sebuah akhbar semalam.



Kereta Pontiac LeMans Tempest keluaran 1963 itu dilelong di laman web eBay di Amerika Syarikat oleh penjualnya yang tidak mengetahui sejarah kenderaan tersebut.
Namun, seorang pengguna eBay mendapati kereta itu merupakan salah sebuah daripada enam kereta Pontiac edisi khas.


Harga lelongan kereta itu melonjak selepas ia didapati merupakan salah sebuah kereta yang dipandu oleh pelumba legenda AS, Stan Antlocer. Penjual kereta itu yang dikenali sebagai 123eclin tidak mengetahui sejarah kenderaan tersebut berdasarkan soalan yang dikemukakan.


Gambar kereta itu di eBay menunjukkan papan pemukanya mempunyai nama satu litar lumba.
Sistem suspensi kereta itu yang berlainan dengan kereta lain turut memberi petunjuk bahawa ia merupakan sebuah kereta edisi khas.


Pada akhirnya, kereta itu dibeli oleh pembida yang dikenali sebagai ccsi2000 pada harga $226,521 (RM788,293.08). - Agensi

KEMAJUAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF MALAYSIA


Industri Automotif merupakan satu bidang yang semakin penting pada masa kini dalam menentukan sejauh mana tahap kemajuan kejuruteraan sesebuah Negara. Kita amat berbangga kerana Malaysia merupakan salah sebuah Negara di rantau Asia Tenggara ini yang telah mengeluarkan kereta jenama sendiri dan sebagai pengeksport kereta ke arena antarabangsa.

Syarikat kereta tempatan iaitu Proton dan Perodua telah melancarkan pelbagai model kenderaan yang telah meluncur dengan megah di jalanraya tempatan serta di luar Negara seperti Australia, Britain, Brunei, Thailand, Indonesia dan lain-lain.

Syarikat Automotif tempatan sentiasa komitmen dan berusaha meningkatkan pengeluaran kenderaan yang berteknologi maju dan terkini.

Marilah kita bersama-sama menyokong nilai murni ini untuk membuktikan Negara Malaysia maju di mata dunia dengan mengamalkan Satu Malaysia................