Search This Blog

Sunday, November 22, 2009

KERETA TANPA ENJIN DILELONG RM788,293

Ditulis oleh Admin
Rabu, 23 September 2009 19:16

NEW YORK - Sebuah kereta yang tidak mempunyai enjin dan berkarat dilelong pada harga hampir $227,000 (RM789,960) selepas harga pembukaannya cuma $500 (RM1,740), lapor sebuah akhbar semalam.



Kereta Pontiac LeMans Tempest keluaran 1963 itu dilelong di laman web eBay di Amerika Syarikat oleh penjualnya yang tidak mengetahui sejarah kenderaan tersebut.
Namun, seorang pengguna eBay mendapati kereta itu merupakan salah sebuah daripada enam kereta Pontiac edisi khas.


Harga lelongan kereta itu melonjak selepas ia didapati merupakan salah sebuah kereta yang dipandu oleh pelumba legenda AS, Stan Antlocer. Penjual kereta itu yang dikenali sebagai 123eclin tidak mengetahui sejarah kenderaan tersebut berdasarkan soalan yang dikemukakan.


Gambar kereta itu di eBay menunjukkan papan pemukanya mempunyai nama satu litar lumba.
Sistem suspensi kereta itu yang berlainan dengan kereta lain turut memberi petunjuk bahawa ia merupakan sebuah kereta edisi khas.


Pada akhirnya, kereta itu dibeli oleh pembida yang dikenali sebagai ccsi2000 pada harga $226,521 (RM788,293.08). - Agensi

No comments:

Post a Comment