Search This Blog

Monday, December 7, 2009

Operasi Sistem Brek Automotif

Add Image

Kebanyakan kenderaan ringan menggunakan sistem brek jenis hidraulik pada masa kini. Kuasa hidraulik yang bertindak menolak semua sistem brek bagi memberhentikan kenderaan dengan segera dan selamat serta mengawal kenderaan semasa dipandu perlahan atau pun laju.


Kuasa membrek kenderaan berlaku apabila pedal brek ditekan dengan daya dipindahkan melalui push rod ke piston master cylinder. Semas primary cup menutupi inlet port, ruang master cylinder tertutup daripada resevoir. Pergerakkan piston ini meninggikan tekanan yang mana cecair brek dipaksa keluar melalui fluid outlet terus ke setiap piston dalam brake caliper bagi roda depan dan piston dalam wheel cylinder pada roda belakang. Tekanan hidraulik akan memaksa piston bergerak menolak brake pad (depan) ke disc brake dan brake shoe (belakang) ke drum brake bagi setiap roda untuk memperlahankan atau memberhentikan kenderaan.


Apabila brek dibebaskan,return spring dalam mekanisma brek drum menarik brake shoes daripada drum dan piston untuk brake disc melepaskan tekanan. Piston master cylinder akan balik ke kedudukan bebas lebih cepat daripada cecair brek mengisi ruang selinder. Ini mengujudkan vakum,bagi memampas kejadian vakum cecair mengalir dari resoirvor melalui compensating port ke dalam piston port dan di sekitar primary cup.


2 comments:

  1. salam...saya sedang mencari tempat untuk membeli sistem/komponen utk brek hidraulik kereta...adakah pihak tuan ada menjual/sebg pembekal kpd komponen utk brek hidraulik??

    utk pengetahuan tuan,brek ini hendak digunakn dlm projek kereta konsep yang team saya sedang bina...harap boleh membantu kami....ni email saya:atatimetochange@gmail.com

    ReplyDelete