Search This Blog

Thursday, June 29, 2017

PANDUAN GAJI MENGIKUT TAHAP PERSIJILAN SKM




Panduan dan anggaran gaji permulaan ini telah dikeluarkan oleh pihak PSMB bagi 160 sektor kemahiran mengikut tahap Persijilan Kemahiran Malaysia.

Persijilan Kemahiran:
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1-3
Diploma Kemahiran Malaysia
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia

Kebanyakan syarikat dalam sektor Automotif telah mengiktiraf Persijilan SKM bagi menentukan gaji pekerja mengikut jawatan, pengalaman dan tahap sijil.

Bagi pekerja mahir dalam Sektor Automotif di sekitar Kota Kinabalu atau seluruh Sabah boleh diiktiraf berdasarkan pengalaman kerja dari Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sehingga Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) secara Penilaian Pencapaian Terdahulu (PPT).

Sijil akan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Tuesday, October 2, 2012

ILPKK Auto Show 2012


Autoshow sempena Festival Hari Terbuka ILPKK dan Konvokesyen ILJTM Wilayah Timur Ke-8 pada 19 - 20 Oktober 2012. Pelbagai lagi acara akan berlangsung sempena hari tersebut termasuk pertandingan inovasi dan kreativiti.

Jom datang beramai-ramai ke ILP Kota Kinabalu pada tarikh dan masa tersebut.


Monday, March 28, 2011

Kerdil Tak Halang Belajar Kemahiran

Sumber Info : Berita Harian Online
Oleh Shamsul Kamal Amarudin
ZULKIFLI (tengah) menunjukkan sijil kursus automotif yang diterimanya pada majlis konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Perak di Ipoh, semalam.

ZULKIFLI (tengah) menunjukkan sijil kursus automotif yang diterimanya pada majlis konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Perak di Ipoh, semalam.
Pemuda mahu jadi mekanik, buka perniagaan

Mohamad Zulkifli Othman, 21, mempunyai ketinggian satu meter, manakala kedua-dua kakinya pendek, beliau bukan saja nampak begitu kerdil tetapi menghadapi kesukaran bergerak pantas dan ketika berjalan, seolah-olah sedang mengheret satu bebanan yang berat.

Namun, kekurangan itu langsung tidak melemahkan semangat anak sulung daripada tiga beradik itu menanam tekad bagi mencipta kejayaan terutama dalam bidang automotif, kemahiran yang digemarinya sejak bersekolah rendah lagi.

Bagi Mohamad Zulkifli, tiada apa yang lebih menggembirakan selain memperoleh sijil kemahiran automotif yang diidamnya selepas berjaya menamatkan pengajian selama dua tahun di Kolej Komuniti Grik.

“Sejak di sekolah lagi saya memang berminat dengan bidang ini dan pernah mengikut kawan membaiki motosikal setiap kali ada masa terluang.

“Jika ada rezeki, saya mahu menjadi mekanik berjaya dan membuka perniagaan sendiri kerana ia adalah cita-cita saya sejak kecil,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Perak di sini, semalam.

Pada majlis itu, 824 menerima sijil masing-masing dalam bidang Automotif, Teknologi Maklumat, Teknologi Elektrik, Pelancongan dan Pengembaraan, Fesyen dan Pakaian, Teknologi Pembuatan Perabot, Fesyen dan Aparel, Multimedia Kreatif (Animasi), Pelukis Pelan Senibina, Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan), Hotel Katering dan Industri Seramik dari lima Kolej Komuniti di Perak.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Perak, Datuk Mohamad Zahir Khalid, menyampaikan sijil berkenaan.

Mohamad Zulkifli yang juga anak penoreh getah berkata, beliau bernasib baik kerana menerima dorongan daripada keluarga serta sokongan rakan sekuliah sepanjang mengikuti kuliah di kolej berkenaan.

Thursday, March 17, 2011

Projek Inovasi di Automotif




Demo di bengkel automotif untuk salah projek inovasi iaitu mematikan sistem enjin dengan menggunakan telefon bimbit. Para pelajar tertarik dengan projek inovasi ini yang boleh menarik minat para pelajar untuk merekacipta dan mencetus idea di dalam menghasilkan projek inovasi.


Monday, March 7, 2011

Latihan Service dan Flushing Automatic Transmission

Pelajar dari kumpulan 2 sem. 2 sedang menjalani latihan amali servis Automatic transmission dengan menggunakan mesin changer sebagai pendedahan kepada pelajar dengan penggunaan mesin terkini untuk kerja-kerja Service Auto Transmission dan Flushing Auto Transmission.

Wednesday, March 2, 2011

Latihan Modul Periodical Maintenance

Pelajar tahap 1 sesi 1/2011 sedang menjalani latihan amali bagi modul 1 "Periodical Maintenance" iaitu salah satu tasknya ialah 'Membersih dan Mencuci Kereta". Modul ini adalah task asas di dalam penjagaan sesebuah kereta dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan menjaga kebersihan ke atas kereta. Sebagai contoh jika sesebuah kereta mempunyai banyak kekotoran pada bahagian luar boleh menyebabkan catnya cepat rosak dan apabila banyak debu atau kekotoran dalam kereta boleh menjejaskan sistem penghawa dingin kereta tersebut.

Aktiviti Rancak di Bengkel Automotif ILP Kota Kinabalu

Aktiviti harian pelajar-pelajar sesi 1/2011 di bengkel Automotif giat menjalani latihan amali dan menyiapkan projek untuk kegunaan di bengkel ini.