Search This Blog

Friday, November 27, 2009

Proton Exora masuk pasaran Thailand


27/11/2009 2:44pm

BANGKOK 27 Nov. — Proton Holdings Bhd dijangka melancarkan model pertama kenderaan pelbagai guna (MPV) Exora di pasaran Thailand semasa Ekspo Motor Antarabangsa Thailand minggu depan.


Pengurus Besar (Operasi) Phranakorn Auto Sales, Apichart Wangsatorntanakhun berkata berdasarkan maklum balas awal dari pihak media dan pakar industri, mereka mengharapkan sambutan baik dari pembeli tempatan.


"Kami membawa lebih 12 wartawan untuk menguji Exora di Malaysia. Kenderaan itu menerima reviu cemerlang dari media serta mereka yang mengadakan perbincangan dengan kami dan melihat kenderaan itu di pusat pameran kami, katanya di sini hari ini.


Menurut ulasan akhbar harian ”The Nation” hari ini, model Exora mempunyai pengendalian yang baik dan pemanduan yang seimbang dalam kelasnya berserta hiasan dalaman serba guna dan nilai baik bagi pengangkutan keluarga berbanding kereta MPV saiz kecil Toyota Avanza dan Honda Freed yang lebih mahal.


Proton memasuki pasaran Thailand yang dikuasi oleh pengeluar kenderaan Jepun pada akhir 2007 dengan mengambil ksempatan duti import yang rendah iaitu lima peratus yang dikenakan mengikut perjanjian kawasan perdagangan bebas ASEAN (AFTA).
Phranakorn dilantik sebagai pengedar rasmi kenderaan keluaran Proton di Thailand. - Bernama

No comments:

Post a Comment