Search This Blog

Sunday, November 22, 2009

ENJIN DIESEL

Pengenalan Diesel

Enjin Diesel telah dicipta pada tahun 1890 oleh Doktor Rudolf Diesel dengan menghasilkan teori “terma motor ekonomikal” iaitu melalui mampatan silinder yang tinggi. Prinsip enjin Diesel iaitu ketika lejang pengambilan (Induction Stroke), Cuma udara sahaja disedut masuk ke dalam silinder. Kemudian udara dimampatkan dan menjadi panas. Bahan api disuntik ke dalam udara mampat tadi kemudian tercucuh dan terbakar di dalam ruang pembakaran. Kebanyakan enjin Diesel mengunakan kitaran empat lejang (Four Stroke Cycle) sementara kitaran dua lejang (Two Stroke Cycle) telah kurang digunakan pada hari ini.






Prinsip Enjin Diesel

Kitaran Empat Lejang (Four Stroke Cycle):-

i – Lejang Pengambilan (Induction Stroke)
Bermula piston di TDC, Piston ditarik ke bawah oleh rod penghubung melalui aci engkol. Apabila piston bergerak ke bawah injap pengambilan terbuka dan udara disedut masuk melalui injap pengambilan.






ii – Lejang Mampatan (Compression Stroke)
Piston bergerak dari BDC ke atas menyebabkan udara dimampatkan dan suhu mencapai 750ºC. Ketika ini kedua-dua injap tertutup rapat. Apabila piston hampir TDC, pemancit mula menyuntik bahan api ke dalam udara panas termampat menyebabkan berlaku pembakaran.








iii – Lejang Kuasa (Power Stroke)
Bahan api yang disuntik ke dalam udara panas menyebabkan udara termampat tinggi dan bercampur lalu terbakar dengan panas pada ruang pembakaran. Pembakaran udara dan bahan api menghasilkan tenaga haba bahan api yang menyebabkan tekanan haba bahan api, menyebabkan tekanan haba memuncak dalam ruang pembakaran. Tekanan tinggi ini telah menolak piston untuk bergerak dari TDC ke BDC.






iv – Lejang Ekzos (Exhaust Stroke)
Piston bergerak dari BDC Ke TDC oleh tindakan salingan, pada masa yang sama injap ekzos telah terbuka. Ini membolehkan piston menolak gas sisa pembakaran keluar melalui injap ekzos. Selepas gas ditolak keluar, injap ekzos kembali tertutup dan apabila piston hampir TDC injap pengambilan mula terbuka. Kemudian kitaran enjin berulang dengan memulakan lejang pengambilan.


Nota : TDC – Top Dead Center / TTA – Takat Terakhir Atas
BDC – Bottom Dead Center / TTB – Takat Terakhir Bawah

10 comments:

  1. saya nak tahu mana nak cari fungsi,binaan,dan operasi mengenai Timing device (FIP).thank u,

    pelajar IKBN miri(automotif)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laman Info Bengkel Automotif: Enjin Diesel >>>>> Download Now

      >>>>> Download Full

      Laman Info Bengkel Automotif: Enjin Diesel >>>>> Download LINK

      >>>>> Download Now

      Laman Info Bengkel Automotif: Enjin Diesel >>>>> Download Full

      >>>>> Download LINK 0D

      Delete
  2. saya nk thu apakah sejarah rotary enjin???tq yea....
    ilp kl.....

    ReplyDelete
  3. TQ ...for this INFO

    ReplyDelete
  4. IKBN boleh sambung degree ke kalau follow kos automotif ni ?

    ReplyDelete
  5. sy nk tahu teknologi sjarang tentang sistem diesel

    ReplyDelete
  6. sy nk tahu teknologi sjarang tentang sistem diesel

    ReplyDelete
  7. Laman Info Bengkel Automotif: Enjin Diesel >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Laman Info Bengkel Automotif: Enjin Diesel >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Laman Info Bengkel Automotif: Enjin Diesel >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    ReplyDelete