Search This Blog

Saturday, December 5, 2009

Break Fuild Perlu Ditukar

Sistem brek boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu jenis Mekanikal, Hidraulik, Angin (Pneumatic) dan Gabungan Mekanikal serta hidraulik. Tetapi untuk kenderaan ringan seperti kereta menggunakan sistem brek jenis hidraulik dan gred minyak adalah DOT 3 atau DOT 4. Pemilik kenderaan boleh merujuk di atas penutup reservoir break sama ada kereta yang digunakan mengunakan minyak DOT 3 atau DOT 4 dan kedua-duanya.

Bilakah break fluid perlu ditukar atau servis atau pakai sampai bila-bila ?

Untuk brek jenis hidraulik yang digunakan oleh setiap kenderaan perlu ditukar bagi setiap perjalanan 40,000KM. Apakah kesannya jika tidak ditukar ? Secara amnya minyak brek akan berubah sifat hidraulik dan berubah warna. Semasa kereta dipandu sama ada untuk perjalanan dekat atau jauh sistem brek sentiasa digunakan. Keadaan ini menyebabkan berlaku kepanasan ke atas minyak brek semasa ditekan dan apabila minyak brek semakin meningkat suhu kepanasan menyebabkan sifat hidraulik minyak brek berubah dan warnanya berubah daripada merah atau puith ke warna kegelapan.

Jika kereta terus digunakan tanpa menukarkan minyak brek kepada yang baru boleh menyebabkan berlaku kerosakan kepada sistem brek. Minyak brek yang telah gelap atau kotor boleh menyebabkan oil seal dalam sistem brek rosak dan berlaku calar di antara komponen piston serta silinder brek. Jika ini berlaku maka ia boleh mengakibatkan sistem brek mengalami kebocoran kecil hingga menjadi lebih besar.

Oleh itu pemilik kereta terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih tinggi untuk menggantikan komponen yang telah rosak dan minyak brek baru. Tetapi jika minyak kereta ditukar untuk setiap perjalanan 40,000KM maka perbelanjaan akan lebih rendah dengan hanya minyak saja yang ditukar dan kemampunan brek akan lebih efisen.

No comments:

Post a Comment